Sunday, 19 February 2012

CERAMAH "PENGANGGURAN SATU CABARAN BAGI GRADUAN"

16/2/2012

Ahli kelab MIND dari kelas DIN4C telah menganjurkan satu program ceramah yang bertajuk "pengangguran satu cabaran bagi graduan" dengan kerjasama DBS5C. Ia merupakan satu ceramah yang begitu baik sekali kerana dapat memberi pelbagai input kepada mahasiswa mengenai kerjaya selapas graduasi. Pegawai pengiring tersebut merupakan Sir Idham Md Razak yang mengajar subjek Malaysian Economic. Panel jemputan pada hari tersebut merupakan , En,Mohd Sharizan atau lebih dikenali sebagai ABON maharaja lawak dan seorang lagi jemputan luar. Program ini dijayakan dengan baik sekali. Semoga program-program sebegini rupa dapat dijalankan dengan lebih kerap untuk memupuk semangat mahasiswa menimba lebih pengalaman apabila menceburi dunia kerjaya kelak !







sedikit gambar kenangan bersama ABON Maharaja Lawak

Tuesday, 14 February 2012

SEIKHLAS KASIH SEMURNI JIWA

Satu aktiviti khidmat masyarakat yang telah diadakan di PDK Seri Penyayang Kelemak, Alor Gajah, Melaka merupakan program terbaru kami yang telah dijayakan pada 11 Februari 2012. Seramai 50 orang pelajar MIND dari setiap semester termasuk pensyarah-pensyarah yang secara sukarela turut mengembleng tenaga untuk membantu orang kelainan upaya (OKU) ini. Objektif utama adalah untuk meningkatkan hubungan kemasyarakatan di antara mahasiswa dan pelajar OKU ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan adalah lukisan mural, gotong-royong membersihkan sekitar PDK dan sukaneka bersama pelajar-pelajar PDK, acara sukaneka ini adalah acara yang paling MENARIK sekali kerana kami turut bermain bersama-sama mereka ! Satu usaha murni untuk membantu mereka. SHARE YOUR LOVE. Berikut adalah beberapa detik manis dan indah lagi meriah yang telah sempat kami rakamkan :











Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pusat Pengajian FPP, Prof Madya Shahariah bt Osman dan Ketua Fakulti Pengurusan Perniagaan, En Nor Azree b Mahmud selain turut dihadiri oleh para sukarelawan dari ahli kelab MIND. Ketua Projek bagi program ini ialah Ahmad Syazani bin Ahmad Syukri dan dibantu oleh Muhammad Riduan bin Abd Rahim.








Akhir kata, kami berjaya menyelesaikan segala hasil kerja kami ini pada hari itu juga hasil berkat pertolongan daripada pelbagai pihak, kerana berdasarkan pengalaman pihak PDK, ada sesetengah pihak yang membuat kerja separuh jalan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat dan insyALLAH kita akan menjalankan Program SEIKHLAS KASIH SEMURNI JIWA fasa ke-2 pada masa akan datang.

JOURNEY TO THE PEARL OF ORIENT

berlangsung pada 13- 15 januari 2012 untuk meraihkan pelajar yang mendapat Anugerah Dekan. Program ini berlangsung di Pulau Pinang dan seramai 40 orang termasuk SMF menyertai program ini. penginapan di Golden View Apartment. Pada hari terakhir, kami telah melawat kilang Jeruk Madu Pak Ali sambil membeli belah jeruk jeruk yang ada untuk kawan kawan di melaka dan famili.

Penang Butterfly Farm


Bergambar di empangan

Toys Muzium







Presiden MIND dan pemandu bas yang sporting

pelajar bergambar bersama pensyarah pengiring, En. Zakimi dan  pemandu bas

Taklimat dari En. Alias



Bergambar bersama En. Alias

beli jangan x beli.

jalan jalan di batu Ferengghi
membeli belah di Jeruk Madu Pak Ali


REVOLUTION CAMP

Program Revolution Camp telah diadakan pada 6 sehingga 8 januari 2012 bertempat di Kem Lambaian Danau, Jasin. Program ini adalah untuk membantu para pelajar semester 2 sehingga semester 6 untuk menaikkan semangat mereka dalam pelajaran. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini di isi dengan pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan fizikal antaranya berakit, OTOS, night walk, war games dan banyak lagi. Pengiring untuk program ini adalah En. Muhammad Kamil Nasir dan En. Syahiru.


bergambar di tasik hijau.

ujian berhalangan.

tolong tengok je ke?

Mengatur stategi untuk berperang.

selepas berperang, inilah hasil nya.


cabaran OTOS.

Aktiviti Miss Universe.

Gambar kengan bersama pengiring dan pihak kem.

kumpulan Blender. Juara

Kumpulan Lesung Batu. Naib Juara

Kumpulan Tong Gas. Ketiga