Satu aktiviti khidmat masyarakat yang telah diadakan di PDK Seri Penyayang Kelemak, Alor Gajah, Melaka merupakan program terbaru kami yang telah dijayakan pada 11 Februari 2012. Seramai 50 orang pelajar MIND dari setiap semester termasuk pensyarah-pensyarah yang secara sukarela turut mengembleng tenaga untuk membantu orang kelainan upaya (OKU) ini. Objektif utama adalah untuk meningkatkan hubungan kemasyarakatan di antara mahasiswa dan pelajar OKU ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan adalah lukisan mural, gotong-royong membersihkan sekitar PDK dan sukaneka bersama pelajar-pelajar PDK, acara sukaneka ini adalah acara yang paling MENARIK sekali kerana kami turut bermain bersama-sama mereka ! Satu usaha murni untuk membantu mereka. SHARE YOUR LOVE. Berikut adalah beberapa detik manis dan indah lagi meriah yang telah sempat kami rakamkan :
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pusat Pengajian FPP, Prof Madya Shahariah bt Osman dan Ketua Fakulti Pengurusan Perniagaan, En Nor Azree b Mahmud selain turut dihadiri oleh para sukarelawan dari ahli kelab MIND. Ketua Projek bagi program ini ialah Ahmad Syazani bin Ahmad Syukri dan dibantu oleh Muhammad Riduan bin Abd Rahim.
Akhir kata, kami berjaya menyelesaikan segala hasil kerja kami ini pada hari itu juga hasil berkat pertolongan daripada pelbagai pihak, kerana berdasarkan pengalaman pihak PDK, ada sesetengah pihak yang membuat kerja separuh jalan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat dan insyALLAH kita akan menjalankan Program SEIKHLAS KASIH SEMURNI JIWA fasa ke-2 pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment