Saturday, 3 March 2012

MIND CAREER TALK





MIND CAREER TALK telah berlangsung pada 18 feb 2012 di orked hotel, melaka pada jam 8 malam. kehadiran adalah seramai 270 orang ahli mind dan 9 orang vvip iaitu Timbalan Rektor HEP UiTM Melaka En.Norazman bin Harun,turut hadir juga Ketua Pusat Pengajian FPP, Puan.Shahariah binti Osman, Ketua Fakulti FPP, En.Nurazree bin Mahmud, Penyelaras Program Insurans, Cik.Nurul Aida binti Harun dan Encik Kamil bin Nasir. Pada malam tersebut juga kami turut diserikan lagi dengan tetamu jemputan, En Faris Alam Shah yang telah memberi beberapa maklumat dan pengalaman mengenai kerjaya dalam bidang insurans.

suasana pada malam itu sungguh meriah akan gelagat-gelagat ahli mind sendiri yang pelbagai ragam dan kami dapat berkumpul bersama-sama untuk merapatkan lagi silaturahim. program ini telah dijayakan oleh Raja Nur Ain binti Raja Zainuddin sebagai ketua projek dan kerjasama semua SMF MIND yang dipantau oleh penasihat mind iaitu En.Kamil Nasir.

Objektif program ini tercapai dan memuaskan.









No comments:

Post a Comment